Bateri Baghdad, Balang Tanah Liat Yang Menghasilkan Kuasa Elektrik Pada Zaman Purba

Pada tahun 1936, beberapa ahli arkeologi dunia telah menjalankan ekskavasi arkeologi di sebuah tapak perkampungan lama berdekatan bandar Baghdad di Iraq yang dianggarkan berusia 2000 tahun. Di situ, mereka menemui, sebuah balang tanah liat, silinder tembaga dan batang besi yang dipercayai berfungsi sebagai bateri pada zaman dahulu.

Selepas diperiksa, objek bateri dalam balang itu berukuran kira-kira 2.5 sentimeter lebar. Ia diperbuat daripada kuprum yang disadur dengan tin aloi berketinggian 12 sentimeter. Penutup bateri ini pula diperbuat daripada kuprum dengan dipasang ketat untuk berfungsi sebagai penebat bunyi.

Di bahagian dalamnya pula, terdapat satu rod besi yang ditebat dengan kuprum yang dipenuhi kandungan asid seperti cuka, wine dan jus lemon. Selain itu terdapat juga bahan alkali yang dikenali ‘iye’ wujud dalam bateri itu. Dipercayai bateri tersebut digunakan untuk menyalurkan elektrik pada zaman Mesir kuno.

Kemudian, pada tahun 1938, Dr. Wilhem Konig, seorang ahli arkeologi Jerman merangkap Pengarah Muzium Nasional Iraq telah melakukan kajian yang terperinci terhadap bateri yang digelar ‘bateri Baghdad’ atau ‘bateri Parthian’ itu. Namun beliau mengalami masalah kesihatan dan terpaksa pulang ke Berlin, Jerman untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, ketika Konig berada di Berlin, beliau telah menerbitkan sebuah buku lakaran serta fungsi tentang bateri kuno yang dikajinya itu. Di dalam buku tersebut menerangkan bateri tersebut terdiri daripada sebuah silinder tembaga, batang besi serta sejenis bahan hidrokarbon yang disusun dalam sebuah pasu kecil setinggi hampir 14 sentimeter dengan berdiameter lapan sentimeter.

Uji kaji Konig menunjukkan bateri itu mampu menghasilkan tenaga elektrik antara 4 hingga 5 volt. Meskipun begitu, Konig menjelaskan, bateri kuno tersebut tidak dapat bertahan lama kerana tidak ada pengecas untuknya berfungsi dengan baik.

Fakta tersebut telah menimbulkan kontroversi di kalangan saintis dunia. Ini kerana, fakta sebelum ini menjelaskan bahawa bateri pertama di dunia wujud pada tahun 1800 masihi. Ia dicipta oleh Count Alessandro Volta. Selepas bateri Baghdad ditemui, maka fakta bateri pertama di dunia sudah tidak betul lagi.

Kemudian, pada tahun 1957, seorang pengkaji Mesir purba, Arne Eggebrecht, dari Jerman sekali lagi membuat eksperimen terhadap bateri tersebut dan mendapati ia memang berfungsi menjana elektrik sebanyak lima voltan selepas dicampurkan dengan sulfat kuprum. Ini membuktikan kenyataan Konig adalah benar.

Hal ini telah membuka lembaran baru tentang masyarakat Mesir purba. Seorang profesor Helmuth Satzinger dari muzium Kunsthistoriches, Vienna berkata, penemuan itu membuktikan masyarakat Mesir purba sudah mempunyai teknologi elektrik. Kata Helmuth, perkembangan teknologi tersebut sebenarnya klu yang menjawab misteri bagaimana Firaun hidup dalam monumen tebal dengan tidak mempunyai cahaya matahari.

Ini menjawab persoalan ahli arkeologi kenapa mereka tidak menemui sebarang kesan sumber cahaya pada bilik dan jalan dalam monumen yang dibina Firaun. Dipercayai, pada sebuah bandar yang bernama Qena terdapat sebuah lukisan dinding di sebuah kuil yang menceritakan mengenai proses membuat elektrik. Kuil itu dikenali sebagai Dendera.

Lukisan teknikal penghasilan elektrik yang terdapat di situ diakui benar oleh pengkaji tulisan purba daripada Oxford, Dr. John Haris dan saintis elektrik dari Australia Walter Garn. Malah Kajian di kuil Dendera juga turut menemui bal lampu purba yang dipercayai digunakan dalam kuil berkenaan.

Sayangnya, bateri Baghdad ini telah hilang dijarah bersama ribuan artifak lain yang disimpan di muzium semasa pencerobohan Amerika Syarikat di Iraq pada tahun 2003.

Sumber Infiniti

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


Related Posts: